Sunday, March 29, 2009

i love u MAK!

smlm masa org sibuk2 dgn earth hour tu kan..
aku kat uma mcm biasa la kan...
kononnya sibuk jgk nak join tutup2 lmp jgk kan..
so dlm pkl 8mcm tu aku tny mak...

aku : mak, kita ni nak ttp lmp jgk ke tak???

mak : sbnrnya bendatu utk apa???

aku : bla..bla..blaa (aku terangkan la kan..)

mak : arghh takpayah la..yang dorang sibuk2 nak buat earth hour tu kenapa...kita sendiri bayar bil letrik...so suka hati la...

aku : terus bangun n tutup lampu..

time tu still blm pkl 830..tp disebabkan saja nak dgr pembebelan selanjutnya dr mak aku..aku tutupkan aje lampu tu...huhuh

mak : ala...nnt mak ngantuk aa nak tgk tv dlm gelap2 ni...

aku : ala..ilek a....

pastu senyap..
masing2 layan tv...
tetiba dlm pkl 9..tetiba mcm nak g toilet..
nak tanak, terpaksa lah bukak lampu kan..
takkan nak bergelap pulak..kang ada yg tersalah siram kan..
so masa aku tgh khusyuk tu, tetiba gelap...
haa!!confirm mak yg tutup lampu tu..
sbbnya kitorang berdua je tinggal..
kuar dr toilet aku tny mak....

aku : mak, asal ttp lmp...

mak : kan arini earth hour...takkan lupa kot..td sibuk suh ttp lampu...

aku : hish...(nak dimarah kang, daulat kan..so terpaksa la layan kan aje..)

mak aku mmg mcm ni..
mcm aku jgk...
kadang2 dia kelakar, kadang2 dia.........
hehehe

Saturday, March 21, 2009

helohelo

alahai...
lama sungguh tak update eh..
bukan apa.since lastweek tak sihat la..
demam rindu...ehh rindu ke??
takla..demam+batuk tu je...
maklom aa skang musim demam kan..

so far demam da ok..
tp tinggal tekak aku ni je.
gile sakit..mcm nak telan air liur pon sikit punya seksa..
pahal ntah..letih aku makan eskem tu semua utk pujuk tekak aku tu utk sihat,
tp still sakit lagi..
hishhh degil sungguh!

skang ni life aku tade apa yg menarik pon weh..
asik dok layan tv n lepak2 biasa je..
maybe salah 1 sbb aku malas nak update coz life aku tak meriah sgt kot..
so mcm tatau nak cite apa je....
kesiankan...hahhaa

hurm...nak kata aku ada masalah, tade kot...
tp tuh aa...kadang2 aku rasa mcm tade perasaan je..
mcm kosong je...pastu mcm cepat je rasa nak emo..pastu cepat je rasa nak itu ini la...
eeeeeeeee tak suka la ada perasaan mcm ni..
tp canne...aku sendiri tatau kenapa n mengapa...
help!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

psstt:ke aku kene g bercuti jejauh dr semua org ni??adoii

Thursday, March 5, 2009

saya sedih!

aku baru smp dr pahang ni..
smlm kitorang gerak g sana coz nak anta adik g reg kat sek.teknik kuala lipis tu..
registernya arini, tp kitorang tido semalaman kat uma wan aku..
kan da dekat...so senang sikit...so takde la terkeja-kejar sgt..

semua da settle..
adik da kene tinggal sana..
uawauwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
sedihh wehh..terasa sunyi nak2 da kat uma ampang ni...
mana tak nya..dia tu penceria sesuasana...
tp nak buat camne...dia pg belaja kan..
bkn tak balik langsung...(ayat penyedap hati sendiri)
harap2 semuanya ok dan dia berjaya la harapnya....

tipu la kot td aku tak nanges
masa tgh ckp ngn cikgu dia pun mcm da sebak weh..
hati tisu betul aku kan..
tp seb baik la aku pandai cover..
so tak la ketara sgt....

masa nak balik td mak pon nangis..
aku still cover lg weh..nak2 time tu pakai sunglasses...
so tanampak la sgt...then bila masuk je kete...
berjurai2 air mata aku...haishh....susah betul la...

okla..cukup la tu..
penat la pulak...(penat ke tgh tahan sedih??)
nak g rehat...
babaai kengkawan...

Monday, March 2, 2009

kopipesje..

ni aku kopipes dr email..sebak pulak aku baca td...

Menemui Allayaramah adinda Nurin Jazlin yang kini berada di alam barzah, semoga berada di dalam keadaan yang sihat ceria dan senantiasa di bawah kasih-sayang Ilahi.

Tujuan abang menghantar warkah ini kepada adik adalah sekadar untuk bertanya khabar dan mengimbau kenangan sepanjang adik meninggalkan abang dan rakyat Malaysia . Hari ini, hampir 555 hari adik meninggalkan abang dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian. Namun, tahukah adik bahawa sepanjang tempoh itu pihak polis masih tidak dapat mencari siapa pembunuh adik. Licik sungguh pembunuh sadis itu sehingga polis-polis Malaysia yang terkenal kerana kecekapannya menangani kes-kes yang berprofil tinggi dipermain-mainkan begitu sahaja.

Namun, adik jangan sesekali menyalahkan pihak polis di atas kegagalan ini. Pihak polis tidak bersalah. Mereka ada banyak kerja. Terlalu banyak dik. Untuk pengetahuan adik, semasa pilihanraya P36 Kuala Terengganu baru-baru ini hampir 6000 orang polis dikerahkan semata-mata untuk mengawal keadaan di sana . Itu angka yang rasmi. Yang tidak rasmi dengarnya melebihi 10000. Sebab itulah mereka tidak dapat fokus untuk kes adik. Lagipun mereka dibayar gaji oleh kerajaan. Bukan adik yang membayar gaji mereka. Sebab itulah mereka perlu berkhidmat untuk kerajaan.

Nanti akan ada pilihanraya kecil lagi selepas ini. Pihak polis akan menjadi sangat sibuk sampai hendak makan pun tidak sempat. Pihak polis juga perlu sentiasa memantau dan mengepung ceramah pembangkang dik. Yalah, pembangkang kan jahat. Suka merusuh. Husam pun kuat merusuh. Sebab itulah ramai polis mengepung dia semasa dia ceramah baru-baru ni. Teruk betul pembangkang ni kan dik.

Pemuda yang kena tembak dari jarak dekat oleh polis di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dulu pun jahat dik. Adik nak tahu apa kesalahan dia? Dia takbir kuat sangat masa dengar ceramah. Mana boleh takbir kuat-kuat. Mengganggu ketenteraman awam. Sebab tu polis tembak dengan peluru hidup sampai tembus ke paru-paru dia dik. Sepatutnya pemuda tersebut kena julang ‘keris telanjang’ dan jerit ‘Hidup Melayu’ macam dalam Perhimpunan Agung Perasuah. Barulah membawa keharmonian antara kaum di negara kita dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Polis pun senang hati. Pembangkang ni ada-ada saja. Tak habis-habis.

Adik pernah jumpa tak kawan adik kat sana yang bernama adik Haserawati Saridi. Dulu dia berusia 9 tahun. Dia murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Tobobon. Adik tau tak Haserawati ditemui mati di kawasan semak semasa nak pergi ke sekolah dia di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu. Polis kata dia dibunuh dan dirogol juga. Kesian dia dik. Pernah tak adik jumpa dia?

Seorang lagi nama Siti Nurliyana Shamimi Rosdi. Adik pernah jumpa dia? Siti Nurliyana baru berusia 2 tahun dik. Dia telah diculik, dirogol dan dibunuh pada 6 November 2002 dan telah dijumpai dalam keadaan bogel jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Kalau adik nak tahu terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras. Dahsyat betul kan penjahat tu. Tapi abang tak pasti jika pihak polis dah jumpa dan tangkap penjenayah tu. =(

Adik sempat kenal tak dengan adik Nurul Huda Abd Ghani.. Dia murid tahun 4. Dia pun menjadi mangsa kerakusan manusia. Kalau adik nak tahu, Adik Huda dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004. Kisah ini begitu menyentap sanubari penduduk Malaysia sehingga semua orang bising. Kemudian, lama-kelamaan semua senyap kembali seperti sedia kala.

Sebenarnya dik banyak lagi kes kanak-kanak hilang dan menjadi mangsa keganasan manusia yang berhati binatang. Adik Sharlinie, adik Asmawi, dan banyak lagi kanak-kanak yang hilang belum dijumpai. Abang terfikir dalam kes kanak-kanak ni kan , sebenarnya yang bersalah adalah adik dan rakan-rakan adik tu.

Kenapa? Kerana adik dan rakan-rakan adik yang menjadi mangsa bukan dari kalangan anak-anak pak menteri, dato’, datuk, tan sri, tun dan banyak lagi pembesar. Sekadar anak orang biasa, marhaen kata orang. Buang karan sahaja dik. Jika adik dan rakan-rakan adalah anak-anak pembesar negara, pasti bergegas dan bertungkus-lumus pihak polis itu.

Adik nak tahu tak masa kes adik tengah hangat dulu, Kementerian Wanita dan Keluarga cadang supaya gubal akta untuk mendakwa ibu-bapa yang dikatakan cuai sehingga anak mereka diculik dan hilang. Ketua bapak polisi negara pula kata undang-undang itu telah lama wujud. Cuma tidak dipraktikkan. Ketua bapak polisi pernah berkata “jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak”.

Senang kan menjadi pembesar. Hari-hari duduk mengangkang dalam bilik selesa dan berhawa dingin, gaji + elaun yang halal sahaja sudah menjangkau berpuluh-puluh ribu, menikmati segala kemudahan, tetapi apabila timbul permasalahan, dengan senang hati mereka memberikan cadangan sekadar untuk melepaskan diri. Semua mahu cuci tangan.

Adik tahu tak sekarang barang-barang keperluan semakin mahal. Semuanya disebabkan harga minyak naik menggila dulu. Yang naikkan harga minyak tu orang gila juga. Sekarang, apabila harga minyak turun, harga barang-barang tidak turun. Kekal mahal macam biasa. Ibu-bapa yang mempunyai banyak tanggungan terpaksa bekerja lebih masa dik. Ada yang terpaksa membuat 2 kerja dalam satu masa. Jika tidak macam mana mereka mahu menyara anak-anak mereka. Ini juga menyebabkan ibu-bapa tidak sempat untuk memantau anak-anak. Institusi keluarga semakin terabai.

Jadi, adik rasa siapa yang bersalah? Oh, yang terbaru rakyat Malaysia dapat hadiah lagi. Barangkali hadiah kerana Perak berjaya ’ditawan’. Hadiahnya tol naik 33%.. Pembesar yang sedap mengangkang dalam bilik berhawa dingin tadi pasti akan berkata ”kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil”. Adik rasa harga barang akan naik tak dengan kenaikan harga tol ni. Entahlah, adik fikirlah sendiri ye.

Adik tahu apa itu PLKN? Program Laknat Kacau Negara? Eh, bukan. Adik silap tu. PLKN tu Program Latihan Khidmat Negara. Sudah ramai generasi muda daripada rakyat marhaen Malaysia meninggal dunia semasa mengikuti program tu. Yang perempuan ada dirogol. Cuba adik sebut nama-nama anak pembesar negara yang pernah diwajibkan ikut PLKN. Abang pun kurang ingatan di situ. Mungkin kerana abang dah tua. Lagi satu jika adik adalah artis di Malaysia , adik boleh tangguh pergi PLKN tau. Lebih-lebih lagi jika yang jelita dan seksi. Mungkin kerana terikat dengan penggambaran dan persembahan, maka kerajaan beri kelonggaran kepada mereka. Baik betul kerajaan kerana tidak mahu mengganggu periuk nasi rakyat mereka.

Tapi jika adik adalah Ah mad Hafizal Ah mad Fauzi, 18, adik tidak boleh tangguh. Sebab apa? Sebab Ah mad Hafizal orang miskin. Dia tidak popular. Kerja pun tidak glamor. Sekadar bertani dan bersawah di bendang untuk membantu ibunya yang bekerja sebagai pembantu tadika dan adik-adiknya yang masih kecil di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis. Ayah dan ibunya dah bercerai. Jadi, dialah yang perlu membantu ibu dan adik-adiknya.

Dia didapati bersalah dan diberikan pilihan samada membayar denda RM600 atau masuk penjara 14 hari. Tapi Ah mad Hafizal pilih 14 hari penjara. Dia pilih penjara bukan kerana di penjara ada Mc Donald dik. Bukan begitu. Ah mad Hafizal pilih penjara kerana dia tidak mampu membayar denda tersebut. Bagaimana Ah mad Hafizal nak bayar denda tersebut, untuk tambang ke mahkamah pun dia tepaksa pinjam duit orang. Ah mad Hafizal hadir ke mahkamah pun tanpa diwakili peguam bela. Siapa nak bela orang miskin yang tiada duit. Menghabiskan beras sahaja dik.

Begitulah nasib marhaen di Malaysia . Sebab itu ramai yang nak jadi artis. Boleh jadi kaya. Ada yang masuk Gangstarz, Akademi Fantasia, Once In Million, Audition, My Starz LG, dan banyakkkkkk lagi. Jalan pintas syurga dunia.

Rasanya sudah terlalu panjang abang mencoretkan tinta buat adik. Abang rasa cukuplah setakat ini dulu. Jika ada masa lapang nanti abang akan bercerita lagi dengan adik. Abang doakan adik berbahagia ’di sana ’, insyallah.

Oh, ya. Terlupa pula abang.. Adik ada blog juga tau. Tidak silap abang bapa saudara adik yang buat. Sebagai tanda peringatan, ingatan untuk adik dan juga tanda kegagalan pihak berwajib menangani kes adik Blog adik www.nurinjazlin.blogspot.com. Abang juga akan letakkan gambar adik pada blog abang mulai hari ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dariku,
Abang Samudera Tinta

P/s:Bersama-sama kita berdoa dan membaca surah Al-Fatihah buat Adik Nurin, Adik Huda, Adik Nurliyana dan ramai lagi mangsa keganasan kanak-kanak yang masih tidak terbela. Semoga Allah merahmati mereka dan kita semua. Al-Fatihah.

lepas ni...

Lepas ni aku da jarang jumpa dia..
Lepas ni aku da jarang buli or dibuli oleh dia..
Lepas ni aku da jarang dgr dia melalak pepagi buta …
Lepas ni aku da jarang nak berebut guna computer ngn dia..
Lepas ni aku da jarang kuar ngn dia..
Lepas ni aku da jarang semua2 la ngan dia…
Uwauwuauw..I’m gonna miss him…

Korang confirm tatau sapa yang aku maksudkan tu kan..
Ha…ekceli tu aku maksudkan utk adik aku yang bongsu..
Dia da nak g masuk sekola asrama kat kuala lipis dah..(dekat ngn kg aku la kan..)
Mmg la tak jauh sgt..tp ntah la..
Aku ngn dia rapat, so mcm agak terasa kot nnt bila dia takde kat uma nnt…

Nak ikutkan hati aku, mcm berat je aku nak suh mak aku lepaskan dia pegi..
Tp kalau pk2 kan pasal masa depan dia, kene relakan jgk la..
Takpela..harap2 dia berjaya je la kan..

Sabtu aritu aku kuar ngn eli
Masa tgh kat luar tu, mak call..
Dia bg tau adik dpt tawaran tu
Time tu aku rasa mcm hepi+sedih semua ada…

Pastu masa aku balik uma..
Terus aku baca2 surat tu..
Tetiba aku ckp camni kat mak..

Aku : agak2nya adik nak tak sekola ni..

Mak : kenapanya…kalau tanak, takkan la dia suh apply..

Aku : xde la…mana tau dia hangat2 taik ayam je kot..dia tu mana biasa basuh baju sendiri semua..

Mak : kene belajar la..

……….diam kejap….(ekceli time ni aku mcm da sebak…kalau dilayan, confirm meleleh air mata aku) Pastu aku smbg lagi sembang ngn mak..

Aku : mak, nnt tak best la kan adik takde..takde la nak dgr dia asik menyanyi pagi2 buta…takde la geng along nak g gunting rambut..n bla..bla bla…

Mak : (diam je…)

Aku : ehh nnt adik takde, along tido ngn mak eh…sian mak tido sorang…

Mak : jgn nak mengada...kamu tu asik bergayut je...takleh tido mak nnt..

aku : mana ada da skang..bole la eh mak..

mak : eh kamu ni kenapa…jgn la lemahkan semangat mak…

Aku : (terus terdiam la kan…)

Pastu terus aku mcm mendiamkan diri..
Time tu mcm tak sabar tunggu adik balik..(dia g kuar ngn kwn2 dia)
sbbnya nak tau keputusan dr adik samada nak or tanak pg sekola tu…

dlm pkl 7+ camtu dia balik..then terus baca2 n bg keputusan yg dia nak masuk sekola tu……
uawuawuuaw…time tu aku da start sebak lagi…tp harusla cover..
tak pasal2 kene marah lagi kan…

mlm tu aku da start takle nak tido lena..
pkl 5++ da terjaga…asik la runsing…
dok pk pasal adik…
iuuawauwa..

hurm, confirm korang kata aku ni ntah apa2 kan
adik aku nak g belaja pon sedih…bukan nak g mana..
tp org lain takkan faham kot perasaan aku..
uawaaaaaaaaaaaa!