ekceli ni aku kopipes dr email yang aku dpt td..tp baru aku perasan pesanan ni dr thn 2007..walaupon agak da lama pesanan ni..aku tetap  nak share ngn korang² jgk..
Pesanan Dr. Fadzilah Kamsah
Apr. 20th, 2007 at 11:43 AM
 Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi  sebelum  pergi  sekolah,mak  akan  tuangkan air teh untuk
saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen  ...  tapi  taklah  everytime  secara  puratanya  seminggu  sekali mesti  ada  mak  suruh  buat macam itu ..
 Dan  sampailah  saya  dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ...either belen makanan mak atau abah ...tapi  kalau  belen  makanan  anak-anak  memang jadi satu kepantangan
bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan  sendiri  atau  akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ...samada kami perasan atau tidak ....so satuhari itu tergerak   nak   tanya    pasal
isu  ini  kat  mak ..
 Akhirnya  mak  dedahkan  bahawa  memang  purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua  dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat  mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak  kita   yang    makin tua   itu..
Kalau  kena  marah  ke  kena  tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang  tak  dak  walaupun  kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan  lebihan  makanan  anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak,pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami  semua,dia  akan  selawat  3  x  dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan,
 antara  kesan  terbesar  bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa  hormat  anak  terhadap  mereka  ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang   kami  sekeluarga  amalkan
sampai  sekarang ...
 Saya  personally  memang  cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang  paling  paling paling berkesan sekali ...tak caya try buat
...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib...  dapat  semua  waktu  lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
 "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita".
 Just  to  ambil  iktibar  untuk  mendidik  diri  & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last
sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
 Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do
impart this knowledge; you'll lose nothing.
 Wallahu A'lam
 
 
1 comment:
ooo patutlaaa...
hehehe.. sayang.. jom jemaah kita..
Post a Comment