Friday, August 29, 2008

taik lalat

ni aku nak cite ni..
dulu masa aku sekola rendah,
aku ada suka ngn sorang budak ni..(ni bukan suka yg cintan cinton tu, suka2 sahaja)
tade la hensem sgt pon,kulit hitam manis,
mata sepet2 sikit, pastu tinggi tak tinggi sgt..
pastu ada taik lalat bawah bibir..

ha, tang taik lalat bawah bibir tu la buatkan aku suka kat dia..
pergh gile comel rasanya..
hahahha..(yerp!aku mmg gatal dr kecik lagi..)

walaupon aku suka dia,tp tade org ltau pon..
dah namanya suka², aku simpan di dalam hati..
lagipon aku kan ego pemalu, so mana nak bg tau kat org tu aku suka2 kat dia..

satu hari tu, aku dok belek² muka aku dpn cermin..
tetiba idea bodoh bernas aku pon smp..
aku terus g kat meja tulis, aku amik mejik kaler warna coklat..
then terus aku buat taik lalat palsu gunakan mejik kaler tu kat bawah bibir..
kononnya nak berangan ada taik lalat bawah bibir la kan..
pas buat tu, aku biar kan je..
tp lepas mandi petang tu, taik lalat aku pon hilang...

nak dijadikan cerita,
aku tak igt ntah bila..
tetiba aku perasan, bawah bibir aku dah ada taik lalat..
pergh, time tu suka gile rasanya..
rasanya mcm doa aku utk nmpk comel ada taik lalat bawah bibir telah dimakbulkan..
hahahah..gile bengong...

ha, kalau x caya
cuba tgk gambar aku ni..
nmpk tak taik lalat tu??
ehehe..itu original, bukan mejik colour punya..
hahaha...
tpkan, mak aku selalu cakap..
dia kata mulot aku sombong sbb ada taik lalat..
ahah.. ye ke ek?
aku rasa mak aku silap la...
sbbnya aku rasa mulot aku ni becok n tak bole diam sesaat pon disebabkan ada taik lalat tu..
ish, menyesal plak aku!

Monday, August 25, 2008

susah senang

minggu lepas,
puan boss interkom aku suh masuk bilik dia..(haish, mengerikan!)
then aku pon terus bangun n menonong je..
semasuk je aku kat bilik dia...

aku : ye puan boss..

puan boss : selalunya niesa keluar ruma setiap hari pkl berapa?


aku : dlm 630 mcm tu...


puan boss : awalnya...mak niesa hantar?


aku : a'a..dia hantar kat tmpt tunggu bus, then saya naik bus g lrt pastu bla..bla..bla..(byk kali da cite pejalanan hidup aku ke ofis..bosan!!)

puan boss : selalu smp ofis pkl berapa?

aku : 7++ ..xpon 8...tp kengkadang ada jgk terlambat...(yg penting b4 pkl 9 la kan..)


puan boss : hurm, bole tak kalau keluar lambat sikit?xpe kalau smp ofis lmbt sikit...saya faham!


aku : bole mmg bole..tp kalau lmbt, confirm terlepas bus yg timing awal2 tu..driver bus ni suka ikut masa dorang je..kadang2 lepas peak hours, dorang da takkisa pasal penumpang..so susah..confirm saya kene naik cab..rugi la...(ringan je mulot aku nak suh naikkan gaji or tmbh elaun..tp apakan daya)..


puan boss : owhh ye ke..


aku : kenapa ek puan boss??


puan boss : xdela, saya kesian kat niesa smp ofis awal sgt..


aku : hehe..nak buat camne..lagipon selalunya kalau saya smp awal, saya g lepak2 minum dulu ke..xpon saya kunci pintu papan tu..then saya tido kat bilik tv...(pengakuan berani aku!), tp selalunya sesampai je saya ngadap pc terus..baca surat kabar ke apa..(chewah!tunjuk bagus disitu)


puan boss : ha...elok la tu..tp kunci pintu.kang takot org lain masuk pulak kang..(perli ke..apa ke aku pon tatau la..)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kadang² aku konpius..
dtg awal susah..dtg lambat susah..
kalau aku tadatang langsung, lagi susah kot..
camne je??

ha!
aku rasa la kan..
aku nak ckp camni kat puan boss..
"puan bos, saya rasa camni la..dr saya dok ofis seawal2nya, then sorang2 n dok layan tenet je sepanjang hari..pekata lebih baik saya keje dr rumah je..tpon, fax, komputer, tenet, semuanya puan bos sediakan kat ruma saya..then kiranya bila ada keje, puan boss inform saya..then tot tet tot tet saya siapkan..pastu bila siap, saya anta mengikut masa yg dikehendaki kat puan boss..amacam, ada setuju ke puan boss??"

jatuh cinta sama itu ...........

merujuk tittle di atas..
sila lihat gambarajah dibawah:-
ehem..ehem..aku sudah jatuh cinta sama ini...
ada sesapa yang ingin meniduri menghadiahi kt aku?
kalau ada, sila tinggalkan no talipon ye...nnt aku kontek utk bg keterangan lanjut pasal jam ni ek..!

1st tagged

tenkiu tu cik puan chada kerana telah mengtagged i..
harap2 lepas tagged ni, kita punya plan tu jadi yer..:)


What were you doing 5 years ago?

bekerje sambil bersosial...

What were the 5 things on your to do list today?

  • pegi rompak bank
  • ......................
  • ......................
  • ......................
  • ......................

*sorry, tade perancangan yg menarik utk harini..kalau ada pon, mungkin kebetulan..

What are 5 snacks that you enjoy?

  • eskem (apa2 je jenis pon aku bedal)
  • mamee
  • kekacang
  • kepek pisang yg masin sikit2 tu..
  • beruk jeruk (eh ni snack ke?lantak la kan..)

What are 5 things that you do if you were a billionaire?

  • Bayar zakat & sedekah amal jariah (insyaallah)
  • Bawak family pegi haji n holiday (insyaallah)
  • Beli rumah banglo patblas tingkat
  • Simpan sikit dlm saving utk future..(tu pon kalau igt)
  • Amik lesen kereta (kalau terbukak hati nak amik lesen.silap2 aku amik driver je time tu..)

What are 5 jobs you've had?

  • tukang lingkupkan jagakan kedai 24 jam yg termasyhur..
  • tukang tanda kertas peksa taip kat lembaga peperiksaan..
  • tukang jaga puan boss cina yg kapirun kat loyer firm (seb bek sehari..time ni baru abis study)
  • tukang jaga ekaun kat robin hood berhad..
  • tukang jaga kaunter kat a&w selama sehari (eeee gile busuk kedai tu.x sanggup akkkak!)

Who are 5 person you want to tag?

  • kekasih gelap - eli
  • teman tapi mesra - sikpah.. (aku tau ko bz training, tp WAJIB buat!)
  • suami kawan tercinta - zaria
  • si uda
  • sesapa je yang rasa nak buat...tp yg 4 org nama yg ada tu adalah WAJIBBULGHUNNAH!

:)

Mari renung² kan dan selamat beramal..

heee...


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Thursday, August 21, 2008

lepakkking..

ha!!!!!!!
cuba teka...
ni kaki sapa??ok² sure korang tatau tu kaki sapa kan..
xpe, cuba teka yang ni pulak....
ni kat mana??

haa...ekceli ni kat klcc la..
selasa aritu, saja je lepak klcc ngn eli, cikpah, kwn cikpah n hadi..
kononnya melayan mkn kfc smbl berjemaah..
(sungguh byk kfc kat mesia ni, kfc klcc jgk pilihan dihati...x gitu hadi?)

lepas mkn, harus lepak kat luar..
nak g ambil udara segar..
so sesambil lepak tu..kitorang pon melayan mentangkap2 gambar...
time tu yg tgl aku, eli ngn cikpah..
hadi ngn kawan cikpah da balik..

kenapa muka aku stgh je??tak adil sungguh...

ha..muka cikpah pulak stgh..padan muka ko!hehe

ni eli & cikpah


ni budak terencat yang baru smp klcc.
kesian kan kat dia..

dia kata dia kenal..

agaknya hadi da baca entry aku pasal stalker tu..
tetiba dia msg kat ym...

hadi: caca
hadi: aku rase aku kenal mamat tu
cha: yer
cha: sapa?

cha: jefry?
hadi: bukan la
hadi: jap2
cha: ko nak foward gambar sapa lg
hadi: gamba mamat tu la
cha: meh tunjuk meh
hadi: dah
hadi: same x?
niecha_cha: blom dpt

pastu email pon smp..aku terus bukak..
nak tgk kot betul si hadi ni kenal kan..
so aku bukak email tu...
skali bila tgk je gambar tu...
aku tegelak mcm org sawan..

cuba korang tgk gambar yg hadi kasi tu..
kalau dr segi muka, nmpk bebeza..
tp skill bawak moto mcm sama je..
hahaha.


cha: eeeeeeeeeeee
cha: ko mmg pandai
cha: aku nak je letak kat blog
cha: tp kang org igt aku memain
cha: masalahnya cite tu betul

hadi: aha aha aha
cha: bengong ni
hadi: letak la
hadi: pastu ko ckp la tu aku yg teke

hadi: aha aha aha
niecha_cha: hahaha

psst: kengkawan, cite pasal stalker tu betul tau..tp yg pic ni, hadi yg suruh..:)
salahkan hadi, jgn salah kan aku..hahaha

hello mr.stalker!

kejadian ni da lama dah...4/5 bulan lepas ..
time tu kat bus stop jln duta...aku tgh tunggu si yan jmpt nak g ofis sesama..
pastu tetiba ada org tergur aku..

stalker : hye, bole tumpang tanya.. bus no berapa yg bole pg bkt bintang dr sini..

aku : dr sini xde bus terus g bkt bintang.tp u bole naik bus no b115 then turun kat jamek..pastu amik bus lain or cab..tu lagi senang..xpon naik bus yg 618 tu g ttwangsa, then dr situ bole naik monorail terus smp bkt bintang..

stalker : ok terima kasih..pandai u ek pasal bas...hafal semua no...

aku : a'a..selalu naik bus...mmg la tau...

stalker : u melayu ke? asal mana...

aku : a'a melayu..org kl jgk..

stalker : keje kat mana?

aku : hurm, sri hartamas...

stalker : owh..then ni tunggu siapa? kenapa x suruh bf hantar..

aku : (yg ko bz body pahal..ckp dlm hati je!) tunggu kawan jemput..

stalker : tetiap hari tunggu kat sini?

aku : yerp..

pastu diam dlm 10 minit...mungkin dia tau aku malas nak layan dia kot...
tetiba..

stalker : bole tak i nak mintak ur fhone no?nanti lenkali bole call nak tanya no2 bus kalau nak pg memana..

aku : owh, xpe la..saya takde fone...(padahal time tu elok je aku tgh dgr radio dr fone..pg la mampos kan..)

taklama dr tu..yan pon smp...
aku terus masuk kete...
then aku cite kat yan..
kitorang gelak je...

pastu masa smp kat traffic lite jln duta yang ke arah masjid wilayah..
kitorang benti coz lampu merah...tetiba ada 1 moto benti sblh kete yan..
time tu tak pasan lagi...bila elok je jalan...aku tertoleh kat org yg bwk moto tu ...
then bila tenampak je muka org tu...terus aku tejerit...
manataknya...rupenya org yg bawak moto tu, org yg sama tanya aku pasal bus..

perghhhh gile apa..
time tu aku terus ckp kat yan yg tu la org nya..
then kitorang gelak gile2..
terus aku terasa kebodohan diri sendiri..
mana taknya..penat aku terangkan pasal bus bagai..skali naik moto je kot..
hishh...bingai sungguh..

pastu yan pesan kat aku..
next time carefull..
mana nak tau lepas ni dia tunggu aku kat bus stop tu lagi kan..
ye la, dia pon da tau yg aku akan ada kat situ tiap2 hari..
perghhh time tu aku terus agak cuak..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selang 2/3 hari pastu..
kat bus stop yang sama..aku kene tunggu bus
sbb nya time tu yan cuti..
tetiba aku tenampak org gile td tu duduk kat situ lagi..
pergh, da la tade org time tu..
cuak siot..tp time tu aku perasan dia ada buat cobaan nak tegur aku..
tp elok je dia nak bukak mulot..aku terus bangun n tahan cab...
hahahahahhahahhahah padan muka ko!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selepas beberapa bulan..
tetiba td masa aku tunggu cab,
aku tenampak org gile tu lagi..haha..idup lagi ek ko..
time tu bole plak aku tepandang kat dia..
terus dia senyum kambing gurun kat aku..
harus la aku buat muka yang bagus kat dia..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pesanan utk mr.stalker.

heiiii mr.stalker!(eh, dia tau blog aku ke?)
aku ni mmg la peramah...tp disebabkan cara ko tu salah..
so mintak hampun la aku nak layan ko kan walaupon as a friend..
sbbnya ko sgt menakutkan aku yg sememangnya berani ni!

Wednesday, August 20, 2008

adil ke?

Alor Setar - Seorang lelaki berumur 48 tahun telah ditahanpolis hari ini kerana telah mencabul kehormatan menantu perempuannya. Kejadian dikatakan berlaku lebih kurang pukul 11 pagi apabila tertuduh dikatakan telah masuk ke dalam bilik menantunya yang pada masa itu tinggal berseorangan kerana suaminya telah pergi
bekerja.. Tertuduh kemudian dilaporkan telah memaksa mangsa menanggalkan bajunya lalu tertuduh telah meramas dan menghisap buah dadamangsa. Jiran-jiran dapat menangkap tertuduh setelah mendengar jeritan mangsa lalu membawanya ke balai polis.

Di balai polis, suami mangsa, iaitu anak lelaki tertuduh, terus meluru kepada ayahnya dengan perasaan marah bercampur kesal. Si anak dengan menahan sabar berbaur kemarahan, dengan nada suara menggigil kerana menahan amarah yang amat sangat, lalu bertanya kepada ayahnya, "Ayah..... naper ayah buat camni ha? Ayah dah
hilang akal ke? Tak malu ke?

Mana kami nak letak muka, ayah? Kenapa ayah? why?
why? why?"Si ayah pun dengan tenang lagi selamba menjawab, "Ooh... malu konon... apa yang nak dimalukan?" Berdesing telinga si anak apabila mendengar jawapan ayahnya. "Apa??!! Tak malu??!!! Badan si anak telah menggeletar teramat kerana cuba menahan marah. "Dahtu......" tempelak si ayah, "yang kau tu dulu hisap buah dada bini aku, aku tak kisah pun. Takkan skang ni aku nak hisap buah dada bini kau pun tak boleh??? Kena adil laaa!!!"

Si anak terus jadi sawan mendengar jawapan ayahnya.

dey macha!!!

ni aku kopipes dr email..
kepada yg suka sgt lepak kedai mamak mcm aku..
sila2 la baca yer...

Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRESINT 9 , PUTRAJAYA dekat Avon . Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni. Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau uli dengan tangan takpe jugak.
Ini dia uli dengan KAKI!!. Eeee uwekkks. Kedai mamak kat situ ada 2. Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai lagi apron putih . Yang makcik tu nampak ialah di kedai pekerja2 yang pakai apron putih Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor. So sendiri mahu ingatlah ye¡K..Seelok-eloknya elaklah makan di kedai yang diragui kehalalannya. Banyak lagi kedai melayu. Kedai melayu pun ada jugak jual roti canai dan teh tarik.


Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga terperasan
ketika tengah makan di salah satu
kedai MAMAK depan apartment tempat
saya tinggal di
PUTRA PERDANA PUCHONG ..
Saya ternampak salah sorang pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat
dapur dan tiba2 keluar
dukung anak ANJING lepas kat luar kedai then masuk ke
dapur balik. Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu.. You ISLAM?
dengan takut2 dia jawab saya hindu tapi BOSS saya ISLAM. I suruh dia panggil
BOSS dia and BOSS dia datang cakap "maaf". I cakap maaf kepala hotak you!!!
I tanya dia you ISLAM??? dia cakap dia ya!. I bayar dan terus blah.
Sejak hari tu aku dah tak jejak lagi ke kedai MAMAK! yang aku marah sangat kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar-besar. . Baru aku perasan tak semua MAMAK tu ISLAM, RAMAI PEKERJA HINDU dan tak semestinya ada "Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD" besar -besar tu HALAL dan RAMAI yang ISLAM selamber je makan... So yang tak perasan lagi berhati2 !!!...


Restoran Mamak DI ALOR SETAR

Di suatu ketika dahulu......... ...

kami ada membuat satu program di salah satu hotel di tengah
bandaraya Alor Star. Kami menjemput seorang ustaz dari Majlis
Agama untuk membacakan do'a pembuka tirai. Kebetulan ustaz
itu diberikan kerusi sebelah dengan saya dan kami pun berbual2.
Ustaz itu meminta saya menyampaikan kepada kawan2 muslim dan
muslimat akan satu perkara yang menghantui hati dan perasaannya,
iaitu pihak Majlis Agama telah menjalankan siasatan dan serbuan
dan mendapati bahawa
SEMUA KEDAI2 MAMAK DI ALOR STAR
DAN SEKITARNYA ADALAH 'CONFIRM' HARAM DIMAKAN
kerana TAUKE2 CINA ADALAH PEMBEKAL AYAM kepada restoran2 mamak tersebut!
Terkejut! Saya bertanyakan kepada ustaz itu...mengapakah perkara ini, dgn kuasa yang ada pada Majlis Agama, tidak disebarkan kepada umum?
Jawapan ustaz,...... ... Dan mamak2 tu pulak telah mengikat kontrak
bekal ayam dengan tauke2 cina dan sekiranya Majlis Agama membuat tindakan drastik dan kontrak bekal ayam terjejas maka tauke2 akan
saman mamak2 dan mamak2 akan saman Majlis Agama....."
Permintaan ustaz," Tolonglah anta sebarkan kepada kawan2! Itu
sahaja yang ana mampu"

RESTORAN INSAF,
JLN TUANKU ABDUL RAHMAN
Kisah Benar-Nasi Beriani-
Assallamualaikum. ..last week kawan saye gi makan kat RESTORAN
INSAF kat Jln TAR.. Lepas makan tu, dia nak gi basuh tangan kat belakang kedai, lepas selesai membasuh & menyabun tangan yang bau kari tu....dia
gi kat tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi beriani lagi untuk member. Nak jadikan citer......kawan saya ni ternampak bekas nasi beriani yang digunakan disaluti dengan SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH..TANG GETAH SPENDER DIIKAT NGAN
GETAH....apa lagi........ dia terus mintak cancel dan bayar nasik yang telah ditelan tadi........ sampai kat opis.... dia terus muntahkan nasik tadi dan sebarkan kat kengkawan lain yang tak pergi......
Satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak, AWASLAH! BUKAN SEMUA MAMAK TU ISLAM!! Jangan asal nampak macam mamak jer terus pergi makan. Contoh paling jelas, sesiapa yang selalu ke Wisma Central, ada satu stall bawah accelator/tangga, dekat2 dengan kedai2 handphone tu...Tengok satu stall namanya "BK CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!). Kalau terlalu lapar dan tengok sekali imbas nampak OK! Yang kerja kat situ ada dua orang pompuan Indon! TAPI CUBA TELITI SIKIT...! Tengok pada dua orang India/Mamak tu... tengok kat tangannya ada ikat benang kuning??!! Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7...30 , mereka akan pakai 'calit sarjan' kat dahi...??? MAMAK KE TU??

Lagi satu sesiapa yang selalu ke pasar PUDU , ada satu stall kat
belakang stesen minyak ESSO

Kat situ ramai kita tengok orang Melayu singgah
makan roti canai! Buta ke mereka?? Cuba perati sah-sah
pompuan India tu pakai benang merah kat lengan dan kekadang dia laki-bini pakai 'calit-sarjan kat dahi'!! Kenapa tak mau susah sikit, cross jln kenapa makan makanan yang was-was macam tu???
Wallahuaklam. . BANYAK lagi kisah yg saya telah dengar dari kekawan


Restoran mamak
SHAH JAHAN MAJU
di SETIA WANGSA .
Kawan kpd kawan saya telah terjumpa benda yg berketul di dalam kuah roti
canai. Pada mulanya dia sangkakan ianya biji asam jawa tetapi setelah diamati
betul2
rupa-rupanya adalah
NAJIS yg beku(mungkin kepala taik krn ianya keras sedikit)... Tuan restoran tersebut mahu menutup mulut kawan saya dgn memberi RM2000.00. Mungkin pekerja restoran tak tahu dan telah mencedok di
peringkat paling bawah dlm periuk kuah dal atau kari. Sekarang restoran
ini tak berapa maju jika dibandingkan dgn sebelumnya. Hanya org yg tak
tahu sahaja yg terus makan di restoran tersebut. Ini semua adalah manderam
ataupun sihir dgn tujuan utk melariskan makanan mereka walaupun
pada hakikatnya tidak sesedap jika dibandingkan dgn tempat lain... Makanan yg
bersih jika dicampurkan dgn bahan kotor akan menjadi kotor secara automatik

DI LEBUH AMPANG KL , ada sebuah restoran mamak yg baru dibuka iaitu
RESTORAN MAJU CURRY HOUSE IAITU rangkaian SHAH MAJU. Kemana perginya nama Jahan itu?
Sama juga spt yg berlaku di kedai
NASI LEMAKANTARABANGSA
yg terletak di
KG BARU, KL . Satu hari seorg lelaki yg alim telah dipelawa oleh kawannya utk belanja makan di kedai tersebut.
Tiba2 beliau ternampak seekor
TOYOL sedang kencing di dlm periuk nasi lemak.
Dia pun menyuruh kawannya cancel order dan menceritakan kenapa sebabya dia tak nak makan di kedai itu.
Mungkin tuan punya kedai telah meminta pelaris dari tok bomoh tanpa
mengetahui tentang toyol tersebut krn bomoh sememangnya takkan
beritahu. Tambahan pula tuan kedai tidak boleh melihat toyol dgn mata
kasar....

Wallahualam. ...
p/s : Mencari rezeki biarlah yang halal, baru berkat hidup kita, Insyaallah.

Tuesday, August 19, 2008

ektibiti

ahad aritu, seharian aku dok uma..
mmg saja tamo kuar kemana2..
penat weh..setiap minggu since dr awal bulan asik kuar je..
bz betul!paklah pon da tak sebz aku..
yela, mungkin aku belatih nak jd menteri yg berbakti kepada rakyat kot..
tu yg kuar n kuar n kuar je kot..


kalau dapat merayap, mmg sonok..
kadang2 smp hilang akal aku dibuatnya..
tp akibat asik merayap je,
skang ni kaki aku sakit..

bukan kaki..tp belakang lutut aku tu..
kat tang lepat eh pelipat tu..tatau kenapa..

rasanya nak kene anta g wokshop, pastu ovehall..
mungkin ada skrew karat kot..xpon minyak bocor..
aduhhh, sakit weh!
*any sponsored utk percutian ke mana2 spa atau rumah urut yg bole overhall kaki aku?*

pagi tu pkl 730 da bgn..
teman mak g pasar n terus g bekfes..
then balik lepak2 tgk tv, pastu mak ajak teman anta adik tuisyen..
tp aku tak g pon, sbbnya malas..:)


tghari tu, tetengah tgk melodi tetiba terlelap..
ha, bila telelap..mak aku pon start la kacau aku..
elok je dia kacau, aku terus bgn g smbg tido kat bilik..


pkl 3 aku bgn..
then buat keje2 sikit pastu layan tv..
smp la ke petang..
tp dm pkl 6 camtu, aku terus masuk bilik..
kononnya nak layan cite bes, tp bila da sentap ngn sesorang kat dlm uma tu..
terus berkurung smp ke malam..(hehe, ni perangai buruk aku kalau merajuk kat ruma)


then dlm pkl 8 camtu..
baru aku kuar bilik..
tgk mak aku da masuk tido..gila awal!!
ye la, aku kan merajuk..so dia tade geng la nak tgk tv ke..apa ke..

tu yg dia tido tu..
pastu tetiba nik sms..(best friend since sekola rendah)

ajak lepak2..

memula mcm malas..ye la katanya takmo kuar seharian,
tp disebabkan bosan, so ok aje..
then nik jmpt kat ruma, terus g nz lepak2..
lepak smp pkl 11 gitu, then tetiba dia ajak g downtown ceras..
gerak dr nz singgah kat area uma kitorang then amik membe lagi 2 org ni..

sesampai je kat downtown ceras tu,
kawan aku si amy ni..

terus nak g reg kat tmpt karoke tu..
ha, dia ni mmg suka menyanyi since sek lagi..
so layankan je la..

ni festime aku dgr dia nyanyi..
eh, btul ke festime..rasanya time sekola dulu ada..tp da tak igt camne sore dia..
then bila dgr je dia nyanyi lagu tak tercapal akal mu, terus ilang akal aku dibuatnnya...
pergh, kecik2 cili padi rupenya..
suara dia tak melambangkan dia yg kecik molek tu..
gile weh, serius sedap sore dia..(bukan nak up2kan kwn, tp betul)
time dia tgh nyanyi tu, ramai dok kumpul depan stage tgk dia nyanyi..

bangga pulak aku disitu..ahahah
abis je lagu tu, dia nyanyi lagu ella pulak..tp aku tak igt tajuk dia..
tp yg penting, masa dia tarik....rasanya pitching dia lari sikit kot..
tp xde masalah, masih boleh di asah bakat dia tu..
chewaaah..:)


lepas dia abis nyanyi 2 lagu..
kitorang pusing2 then g kat kete..
pastu dorang2 tu ajak lepak dataran..
ha, lama betul tak pg dataran rasanya..last g lepak kat situ, masa kecik2 dulu..
time tu abah bawak g tgk keindahan kota kot..:)
so ikut je la..


sesampai dataran, baru aku tanya dorang apsal nk lepak situ..
owh, rupenya dorang pon sama mcm aku..lama da tak g situ..
so kitorang cari tmpt duduk n sembang2 smbl layan tangkap gambar..
hehehe..gile kampung kan aku?

cha, emy & nik..

psstt:rasanya lepak dataran, tp xdepon gambar dataran..gambar makhamah ada la..ishh lupa daratan sungguh la kot!

wali band

cuba korang layan lagu dlm v/clip ni..
layan sioot...
tp sila abaikan gambar2 dlm v/clip tu..
sbb rasanya mcm tade kene mengena lagu n gmbr2 tu..





Orang Bilang - Wali

Kamu bilang padaku
Bahwa kamu benar sayang
Kau bilang aku
Kau akan selalu sayang
Dan kamu bilang
Aku cinta kamu sayang

Kamu bilang padaku
Bahwa kamu benar cinta
Kau bilang aku
Kau akan selalu cinta
Dan kamu bilang
Aku sayang kamu cinta


Tapi orang bilang
Katanya kamu enggak sayang
Orang bilang
Katanya kamu enggak cinta
Orang bilang
Tentang kamu orang bilang

Sekarang kamu bilang
Bahwa kamu paling sayang
Sekarang bilang
Bahwa kamu paling cinta
Sekarang bilang
Aku siap mati sayang…

Kamu bilang padaku
Bahwa kamu benar sayang
Kau bilang aku
Kau akan selalu sayang
Dan kamu bilang
Aku cinta kamu saying

Kamu bilang padaku
Bahwa kamu benar cinta
Kau bilang aku
Kau akan selalu cinta
Dan kamu bilang
Aku sayang kamu cinta

Tapi orang bilang
Katanya kamu enggak sayang
Orang bilang
Katanya kamu enggak cinta
Orang bilang
Tentang kamu orang bilang

Sekarang kamu bilang
Bahwa kamu paling sayang
Sekarang bilang
Bahwa kamu paling cinta
Sekarang bilang
Aku siap mati sayang…

Tapi orang bilang
Katanya kamu enggak sayang
Orang bilang
Katanya kamu enggak cinta
Orang bilang
Tentang kamu orang bilang

Sekarang kamu bilang
Bahwa kamu paling sayang
Sekarang bilang
Bahwa kamu paling cinta
Sekarang bilang
Aku siap mati sayang…

Monday, August 18, 2008

esok raya!

weh, aku tasabar nak raya la!(puasa pon belom, da pk raya kan..)
bukannya apa, aku tasabar nak raya sbb nnt bole makan keputat, rendang, lemang, lotong eh lontong dan mcm² lagi..sedappp wehh...tp tuh la..

tahun ni tadapat nak makan rendang wan pahang aku masak lagi dah..(1st time raya tanpa wan..*innalillah)
tp nak wat camne, dah takdir..


ekceli mood kurang stabil ni.
rasa mcm sgt stress la pulak..
ni tekak dah mula sakit..
kepala da mula pusing..
badan pulak da sakit2...
otak da mula pk nak MC la esok...
grrrrrrrrrrrrrrrrr............

sememeh kan..

Sunday, August 17, 2008

renjis2 dipilis..

sabtu aritu..
aku g semban..
anta kazen aku tu kawen lg..
ni kat uma laki pulak kan..

tiada kata seindah bahse..
pekata kita layan gambar sahaje..

(chewaah, bes tak pantun aku?)

perantin sanding lg..
kali ni baju perantin cantik...ala2 minang gitu..
tak silap aku, kalau perantin pempuan dolu2 sanding ikut adat minang, yg letak atas kepala dia tu besar gedabak..tp skang zaman da berubah kan..
tu yg kecik je tu..(aku tatau nama bendalah atas kepala perantin pempuan tu)

tp aku suka gile gelang kaki dia..besar..
(untuk nmpk jelas keatas gelang kaki tersebut, sila klik gmbr utk tumbesaran..)

ha, cuba teka tu montot sapa??
kalau nk tau, tu montot mak...
shttttt jgn bg tau mak tau..mamposh aku nnt
tu time mak tgh renjis2 di pilis perantin..
saja je aku tangkap pic montot dia tu..
ye la, kalau aku nak tangkap gambar dia bebetul, confirm dia alih2 kan muka dia..
tah pape tah.langsung tak like daughter like mom la..


budak2 zaman skang pandai betul mekap2..
kalah aku dulu..

perantin basi

yippi...
aku nak tepek pic wedding kazen aku yang last week tu..

yang masa kat tepeng tu..
ye, perantin tu kira da basi..

tp aku nak jgk gambar mejlis tu!
peduli apa akkkakk..
papeon sorry lmbt sikit..
ekceli menunggu pics dr mereka2..

meh cekidottttt!!!
ni kat dewan majlis perbandaran taiping..aku suka pelamin dia!

skang ni apa yang aku nmpk,
setiap kat kenduri kawen tu, sure da ada bena besar2 tulis nama perantin..
kadang2 siap letak pic perantin lagi..
aku tau apa motif dorang buat bena mcm tu..
sbbnya takut tetamu salah majlis..
aahhaha..betul kan?


ni masa tgh berak berarak ek..time tu perantin baru smp.
panas ok masa tu..gile rimas!

ni flower gel ngn flower boy perantin..
yg muka mcm cina tu balqish, adik perantin...
yg si pakai cekak bunga tu rina n si pakai terompet tu alif..
alif n rina anak buah perantin..
gile kelakar time tu, si aliff bole lari tergedek2 time bila perantin smp..
dah la pastu takmo bukak terompet kat mulot dia..

abis semua org gelakkan time tu..

ha, yang ni adik badik mak..
gambar yg 1st tu, abg mak yg sulong ngn wife dia..
yg 2nd tu pulak, pic mak ngn kakak dia..
pic bapak perantin n abg mak sorang lagi tade pon..
ish2

haha...
gile tegelak aku tgk pic time ni..
sure dia sedih sbb tak dipanggil menepung tawar perantin kan..
tu la...sapa suh tak bukak terompet tu..

ha, ni upacara potong memotong n suap menyuap..
biasa la tu, bebaru kawen mmg makan suap² ni..
cuba bila da ada angkataran tentera kat blakang tu nnt..
xtau la apa cerita time tu kan..
papepon, congrats to abg zahar & kak ngah...
semoga kekal smp mati!


psst: sapa yg dok tang arah utara sana tu n berminat ngn mekap n baju perantin tu..try la usha kkat takteh ni...dorang ni buat andaman n photographer skali..

Friday, August 15, 2008

kan best kalau...

pagi td mood mcm sgt ok je..
lepas lunch pon mood still ok lagi..
tp tetiba masuk petang ni, mood terus hilang ntah ke mana...

adakah mood aku sgt x stabil skang?
tp kenapa?
nak kata stress, x sgt..
nak kata x hepi, x la jgk..
nak kata aku rindu, xde sapa pon kot aku rindu..
nak kata aku ..........
hurm,ntah la...
mungkin aku nak monopos kot..
owhhhh tidak...saya masih muda lagi ok!

apa faktor jd mcm ni ek?
aku pon tak tau...
kan bes kalau aku bole rest in peace selama 3 hari..(mati)
pastu bebangun, segar je..semua benda tak bes da takde dlm kepala otak ni..
tinggal benda yg bes2 je kan..

hurm...penat²...

tungguu...


yuhu...
nnt aku kasi tempek pic selainnya ek..
tak sempat la pulak arini..byk hal..:)
ni pic masa kazen aku wedding masa kat tepeng aritu..

Thursday, August 14, 2008

aku dan dia..

mlm td sebelom tido..
aku tipon si kekasih separa gelap aku..
ala, si eli la..sapa lagi...
pastu bermula la perbualan dia camni...

aku : oi!!!lmbt ko angkat tipon..ko takut ekk..confirm ko x simpan ek no aku yg ni?

(si eli mmg ada sakit sindrom takmo angkat kalau no dia tak kenal)

eli : eh, tade la..aku tgh khusyuk baca buku..lagipon ko tau la, henpon cokia ni asik hang je...

aku : sudah la ko...ckp je ko tgh bz layan jantan lain..arghhhh!

eli : argh ko pahal tpon aku memalam ni?

aku : xde, nak tanya ko...apa pojek kita malam merdeka ni nnt...

eli : x tau weh, aku confirm kene balik paris pilah...ko tau la, kalau ujung2 minggu ni bapak aku suh berkumpul je depan mata dia..takde chance langsung aku nak menjalang merendek..

aku : weh,aku igt camni la..kita repeat mcm masa beday ko tu nak...tp ko jgn risau..nnt aku bg surat kat ayah ko...

eli : aku pon igt nak check in sana lagi weh..jom la...surat apa ko nak kasi ayah aku tu weh?

aku : ko cari lagi sapa nak join..pastu nnt aku anta surat kat ayah ko..nnt pepandai la aku bg tau dia ko tadapat balik time tu sbb join perbarisan hari kemerdekaan..amacam?

eli : haaa bagus²...ko ni kadang2 bijak kan...

aku : well...tentu ko tak menyesal dpt kawan mcm aku kan...

eli & aku : ahahhahaha (gelak tak igt dunia)


pssst:sambungan dr conversation kitorang ni, eli ada cite kat blog dia pulak..sila la lawat ye kengkawan..

Wednesday, August 13, 2008

raya

ishh..
aku rasa aku ni tgh bermasalah la..
agak kronik jgk rasanya..

nak cite malu..
tak cite pening kapla..

bistu camne??

camni²..
aku rasa la kan..
baby buffalo in my stomach la..
ye la, pg td sikit punya byk benda aku telan utk dijadikan bekfes..
pastu dgn harapan bole dibekalkan smp ke ptg...
tp rupenya hujan di tengahari...

tuptup pkl 1230 da rasa lapar..
gile apa??
mana pegi semua benda2 aku telan pagi td tu..
nak kata aku g laburkan kat memana tade, tp tuh la.
apsal je jadi mcm tu..
adoiii pening..pening..
(ke ada saiton share ngn aku masa aku makan td?)


ha, bila lapar..mula la syahdu syahdan dlm perut aku ni..
kalau x diisi, dikatanya aku kejam..
tp bila di isi, ishhh musibat jadinya...
bistu camne je...

memula target nak kurus b4 kazen aku kawen last week..
tp mcm hampehh rasanya..
so kali ni pulak..
aku nak target utk raya x lama lagi ni ha...

kalau bole, nak kurangkan 5-7kg lagi..
wowowo...banyak tu..
sempat dan mampu ke??
ish, harus la mampukan cik niesa oii..
dulu bole, sekarang takkan la tak bole..

just wait n seee...cheeewahhhh(poyo kan sayaa...:P )

disuatu masa dulu (pjm angkasa gaban punya spek mata)


psttt:gmbr sekitar ahad lepas nnt dulu ye...aku tgh tunggu sepupu sepapat yg lembap bz itu utk mengtransfer gambar² yg ada..

Tuesday, August 12, 2008

sabtu

pagi sabtu tu smp uma uncle aku dlm pkl 3++..
then mata ni otometik tukar jadi x ngantuk la plak..
time tu si perantin n kawan² nya tgh siapkan bunga telor n adiah2..
then aku pon menyelit kat dorang smbl menolong tgk je....
(aku bkn tamo tolong...tp aku ni sgt la kreatif...takot kang terlebih cantik plak gift² tu..)


dlm pkl 7 kot dah rasa penat
pastu aku g baring2 dpn tv terus la telelap..
sesedar dlm pkl 9 gitu ..
tu pon sbb bising dgr bebudak ni dok sembang n layan katun kat tv..

ni sure tgh ator projek apa nak buat...

dlm pkl 12++ camtu,
aku kuar g town ngn sepupu aku..
kononnya nak bawak si fatin tu g klinik n sesambil tu terus beli tiket bus balik kl..
tp kitorang singgah kat doli layan kuehteow goreng dia...

perghh, layan siot..
dulu masa kekecik kalau g taiping mmg tak miss kuehteow goreng n cendol..
tp kali ni tak smpt nak g mnm cendol..so layan doli je..


ni aksi anak ngn mak..sama je perangai dorang ni..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
malam:-

upacara angkat nikah..
waaaa..aku suka pelamin simple mcm ni..
pastu ada lampu²..
kalau glow in da dark punya pelamin pon bes..

(korang tau tak camne pelamin glow in da dark?kalau tatau,nnt masa aku kawen, aku buat)


time ni masa nak akad nikah, aku pulak yg rasa cuak..
bukan cuak kat perantin..
tp cuak kat tok kadi tu..
mana taknya..teringat aunty aku cite..

katanya masa 8/8 tu, byk gile tok kadi tu nikahkan org..
masa yg last sekali dia nikah kan time tu, elok je nak akad tetiba semput..
seb bek semput sikit2 je..kalau la pape jadi, xpasal2 je kan..
hah, seb baik time ni tade pape.alhamdulillah..

ha, tu perantin pempuan ngn laki dia..
tahniah²..


lps akad nikah, harusla upacara makan2...
mmg syiokk sesekali dpt makan ngn sedaramara yg lama tak jumpa..
pastu da la siap ada bbq kambeng lg..
perghh,terus aku hilang akal dibuatnya..

jumaat

ha!!!!
meh aku cite last week tu aku g mana..

ekceli aku g taiping, kazen kawen..
mcm haram apa je kan..
setakat nak g taiping siap buat pesanan utk semua tu kan..
mcm bagus je...tp ni kan blog aku..so sukahati aku la!!

kitorang naik train je g sana..
sbbnya masing² mcm malas nak drive..
so yg naik train masa tu aku, emak, adik, aunty, sepupu n anak dia..


ha...tu sepupu aku ngn anak dia..
dorang tu kelaparan rasanya...
ketapi belom jalan, tp makanan da nak abis...


da kenyang harusla tido kan...
tp yg kelakarnya si fatin tu..
bole pulak dia buat aksi tido smbl berdiri..

masa dlm ketapi tu..
aku dok ngn adik..
memula tu bole lagi nak layan dia..

lelama rasa mcm nak suh dia cr seat lain je..
gile kuasa betul budak ni..

asik nak makan seat aku je..sempit rimas semua ada..

ha, ni pulak aku punya perangai masa tu..
mata agak mengantuk jgk la..
tp takle nak tido sbb terang sgt..
so aku pon amik shawl n selubung..
baru la bole telelap..

elok je baru nak mimpi..tetiba terjaga.
sbb bunyi bising..
org dok lalu lalang nak g cafe la...g toilet la..
pastu da la tak reti nak tutup mulot smbl berjalan tu..
potpet potpet..geram betul aku!

nak sound kang, tak smp hati pulak kan..

perghh lama betul nak smp taiping ni rupenya..
dah la byk station dia benti..

gile menyesal dibuatnya..
tp takpe, pengalaman kan..

dlm pkl 12++ gitu,
tetiba ada org ramai2 dtg kat gerabak kitorang..

tetiba ada sorang tu ckp pakai mic n bg tau dorang ni wakil dr DBP(Dewan Bahse &Pustaka)
dorang ada buat game..sapa dpt jawab..dpt hamper rm100...
wah, terus mcm bersemangat masing2..
terus duduk leklok, pastu bele rambut ngn muka yg sememeh bangun tido tu..
sbbnya ada diantara dorang tu siap bwk kemera nak tangkap gambar sapa yg dpt jawab soklan tu la gamaknya kan..

pastu dia bg soklan camni..
" selain syair...apa seloka melayu asli lain?" (lebih kurang mcm ni la soklan dia)
ntah camne, laju je sepupu aku jawab dgn confiden...dia kata pantun & sajak...
hahaha..org DBP tu kata salah..
pastu ada pakcik dpn seat kitorang tu jawab..
pantun & gurindam..so dptlah pakcik tu hamper..

pastu org DBP tu kasi soklan lagi..
time soklan dia "TOK SAKO dr mana?"
tetiba aku terus angkat tangan nak jawab...
then dgn confidentnya aku jwb kelantan..
padahal time tu mak da bisik ckp dr pahang..
perghhh durhaka lagi kat mak..kan da salah..
ciiittt melepas lg..taik kucing sungguh..

masa lepas org dbp tu bla,
aku ajak sepupu aku tu g cafe..
bukan nak beli apa pon..
saja nak jalan2 dlm train..
gile kampung kan!tp saja je nak tgk suasana dlm tu..
perghh gile ramai rupenya..
tp yg aku nmpk mcm ramai bebudak politeknik mana ntah..

tatau mana dorang nak pg..
bersidai2 je dorang kat tgh2 gerabak tu..
patut la bising ya amat...

balik dr cafe..

memasing smbg tido balik..
sesedar pakcik ktm tu bg tau da nk smp taiping..
time tu tgk jam da 250 pagi..

perghh 6jam lebih terperap dlm ketapi..
penat gile rasanya...


ni la station taiping yg oldschool..


sementara nak tunggu uncle kitorang jmpt kat station ketapi tu..

pssst:nnt aku smbg yg ari sabtu ngn ahad tu..

Monday, August 11, 2008

kembali


nenanti aku upload pic lain ek..
masih kepenatan lagi aa..
rasa mcm nak cuti seminggu je..
tp......

Friday, August 8, 2008

pesanan aku!

pesanan utk eli..

masa aku takde nnt,
ko jaga diri bebaik..
nak balik paris tu, drive leklok...
jgn dok berangan je..
aku tau sure ko akan merindui aku setiap masa..
papepon jaga akhlak,
jaga tata tertib,
jaga tingkah laku,
jaga keperibadian..
dan jaga apa yg patut jgk..
tp ko jgn pulak mintak keje jadi jaga pulak lepas aku suh ko jaga semua2 tu..
aku tak suka nnt kalau terjumpa ko kat memana soping complex dgn uniform jaga..
malu aku nak ngaku yg kita ni beshfriend!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pesanan utk kacuk & wife zaria..

aku doakan korang bahgia selalu..
jaga anak dlm kandungan diri korang jgk..
nnt tolong tgk² kan si eli tu..
walaupon korang da bosan kot nak tgk dia, tp ni pesanan aku..
so jgn ingkar..nnt daulat!
papepon, aku tau sure korang rindu kat aku kan nanti...
mekasih la sesangat..
i miss u too bebeh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pesanan utk atok teksi...

tok, jaga diri bebaik..
atok tu da tua..jgn lupe makan ubat..
lebihkan berehat ngn anak cucu cicit semua tu kat uma..
nnt sepanjang ketiadaan saya, atok cari laa penumpang yg lg goddess dr saya ek..
tp atok kene jnj, atok jgn gatal mcm singh tu..
kang saya report sama nenek..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pesanan utk kengkawan yg sudi baca blog aku...(ada ke yg nak baca blog aku?)

korang pon jaga diri bebaik..
selamat bercuti hujung minggu..
ala, aku tau...korang pon sure rindu kat aku jgk kan..
ckp je..ngn malu²..
akak tak kisa, mak ok je..
xpe²..tolong relakan pemergian aku ni utk sementara..
aku bukannya apa, penyelia zoo taiping tu da byk kali sgt tpon aku..
kata nya mak angkat ipar laki mak dia punya jiran tu tak sihat..
so aku nak kene g lawat...
pape nnt mms la aku ek..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pesanan utk bro kiemieuk..

teruskan usaha mengfoward email anda!
i mmg suka..
sbbnya lepas tu i bole foward kat org lain pulak..
takpon nnt kalau ada email yg mengancam...
bole i post kat blog..then kene² kan org..
hehehhehe..papepon thnxx..
takecare of my sis aite..
jgn buli dia mcm u buli i!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pesanan utk "si yg di target aku"..

takecare...

no words can describe my feeling to u (chewaaahhh..)

Thursday, August 7, 2008

cikinboom...

2-3 arini aku rindu plak kat syik a.k.a syikin a.k.a ciken..
smlm aku ada try call dia, tp tak angkat pulak..
pastu pg td aku sms dia..

aku : ciken eh cikin, i miss u la...mana ko ha?

cikin: aku kat melaka..ada raptai convo kat mitc

aku : oh, congrats..

cikin: tq cebukk !ko x keje arini?

(cebuk tu apa weh?aku takpaham aa)

aku : keje la weh...kalau tak keje, sapa nak bagi anak² aku makan..

cikin : hahha..anak tekak ko kan...

aku: ko ni betul memahami aku kan..i lap u too..:)

cikin: weh, dtg la convo aku..pastu ko kasi aku bunga..


aku : ala, apsal ko bg tau lambat..kalau x bole aku kensel lunch ngn paklah..

cikin:babiiiiiiiiii

aku : tenkiu² ...lama dah aku tak dengar ko babikan aku kan..

ha...tu la syik...
neway congrats beb!
tula, sapa suh ko bg tau lmbt sgt yg ko nak convo..
kalau x sure aku dtg bawak bunga matahari...
xpon bunga taik ayam..xpon bunga manggar..

ish,ish, ish..rugi²...

aku kenal syik ni da lama gile..
since kitorang form 4 lagi..
dia ni org nogori..
kitorang kenal dr
mirc..(yeah, dulu aku hantu mirc ok!)
time tu rasanya kitorang lepak channel malscene, hardcore, bla..bla..bla..
(serius da lupa nama channel² yg aku join dulu..tp semestinya bukan channel mamak or kampung tu semua)

ha, masa 1st time kitorang jumpa tu..

kitorang jmp kat gigg mana ntah..
yeah, dulu aku join gigg!sila gelakjgn gelak!
gile rock kental la kononnya time tu..
kelakar ²..

masa tu, kalau dia turun kl,
uma aku jd tempat persinggahan..
yela, time tu kan sekola² lg..
mana de duit byk2 nak tido hotel..
so aku ajak la dia tido uma aku..
lagipon mak ngn abah takkisa..
pastu plak, aku ni mmg suka kalau kawan2 tido uma..
since dr tu la kitorang rapat..

eh, nenanti la aku smbg cite berikut nya..
otak aku kering la..
nak kata musim kemarau, smlm da hujan..
tatau la apa akibatnya..
so nenanti la ek..