Thursday, July 17, 2008

cuba la kalau berani..

Gantung kereta selepas harga minyak naik
Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMEDsamsul@kosmo.com.my


MOHD. YUSUFF menunjukkan keretanya yang diletak atas gelung konkrit depan rumahnya di Kampung Bukit Nangka, Tanah Merah semalam.

TANAH MERAH - Tertekan dengan kenaikan harga minyak, seorang penduduk bertindak meletakkan kereta Toyota miliknya di atas gelong di hadapan rumah di Kampung Bukit Nangka, Jeli.
Mohd. Yusuff Mamat, 45, yang berniaga kecil-kecilan memberitahu, beliau terpaksa berbuat demikian lantaran tidak mampu lagi mengisi minyak dan kini bertukar menggunakan motosikal sahaja.
Beliau mengambil keputusan mengupah jentolak menggantung keretanya dua minggu selepas kenaikan harga petrol diumumkan.
Sebelum ini, beliau sering berulang-alik dari rumah ke bandar Tanah Merah sejauh 40 kilometer sehala untuk membeli barangan keperluan untuk gerai makanannya dan mengakui kos perjalanan itu kini semakin tinggi.

hahhaha...ada sesapa nak ikut pakcik ni gantung kereta tak??

9 comments:

eLLe said...

kalau ko nmpk ada keta savvy kat hard rock tu, yang ganti motor harley tu, haaa keta aku laa tuu.. ko tgk laa next week aku buat..

~chacha~ said...

hah ye ke wei?
bilanya nak g letak atas tu?
aku tasabar nak g tgk..

ijan said...

peh... aku tabik la ngan pakcik ni...

~chacha~ said...

sultan:-
aku tabik springgg kat dia jgk

Liz Hurley said...

kalo xde keta nk gantung ape weh?? aduuhh...

~chacha~ said...

liz:-
gantung spentot..

Uda said...

kete tue kalau press kuat2, bole terbang pergi kerajaan langit ayah pin.... situ minyak free.... hahaha!!!!

p.s. benda2 mcm nie yg ko dok browse kat internet.... haha!!!!

~chacha~ said...

uda:-
haha..kerajaan langit ayah pin ekk..
gilosh..

kuchalana said...

sian pakcik tu.. ikut kajian lepas kenaikan minyak baru2 ni..

1. Pengisian minyak di petrol pump berkurang 30%. Means org xbwk kenderaan dah pi keje.
2. Kenderaan awam overload dan terpaksa ditambah jadual perjalanan.
3. KL xjam teruk lagi mcm dulu2.
4. Org dah xberjalan. Weekend taman2 permainan penuh.
5. BLR atau interest untuk mana2 loan akan dinaikkan oleh smua bank.

Bykkan kesan2 dia..