CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.....
saya terima info ni dari rakan,sesetengahnya malu untuk cium keduanya semasa ada hayat ayah,ibu mereka
setelah keduanya tiada terasa menyesal
Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah
untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi
dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang
mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar...kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada
erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada
mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti telefon
mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak
menemani mak yang terus menangis.
Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di
telinga kirinya....dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya...... ini
adalah kali pertama aku melihat kematian....masih terbayang....abah
memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan
memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan
digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus
orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.
Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak
belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh
harga.Boleh lah bawak mak berjalan.
Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.
Pastu...
abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru
ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai
gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan
pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku
pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan
aku.....sebaliknya buat sijil kematian abah.
Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa
tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan
tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap
dua kalimah syahadah.
Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali..... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali...........
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.
Aku memandikan abah.......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika
ditutup muka abah, aku mencium dahi.....pipi kanan.... pipi kiri.....dan
bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan
kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa
kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium
pipinya.
Ya Allah..tuhan segala alam... aku dan abang mengangkat
jenazahnya............dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan
pemergian abah yang tercinta.
Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang
pendiam...... sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan
pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus
terang..Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam
kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang....
seringkali tidur di peha.
Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya.
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli
kereta.
Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah
catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00
pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan
anaknya.
Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah
catat Kak Se keguguran..... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke
KL......menangis kami semua bila baca dairi tue.....
Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam
dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ayah hanya
banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.
Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap
pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam
korang". Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu
fikir... aku...bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah,
bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh
abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman
sentiasa ingat kubur"
abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah
sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.
Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api
neraka. Abah memang suka budak kecik...pantang anak saper pasti dia
dukung...bawak berjalan....... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak
tidur sama.
Kini semuanya tiada.
YaALLAH....
aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa Abah.......baru
bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak
seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb..tidak
sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali
nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan
untuk abah.
Tok Imam ada cakap kat kami.... "kubur ayah dikorek... pastu
ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi.... terlebih tandanya seorang yang
pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula
masih tak cukup tanah." "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah
meninggal"
"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...
perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah.....
Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula duit
masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira
kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.... "Dulu abah
kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........
Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja
apa sekali pun....
YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku .....
Talkin buat abah masih segar...
"Wahai Polan Bin polan...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu
benar, Allah itu benar" dan, kita yang hidup akan pergi juga.... Lelaki
berat tanggungjawabnya.....
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak.... isyaAllah selaku anak-anak
kami telah dibekalkan ilmu agama.
Cuma...aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah
terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya yakin
Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..
Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua..... tapi
sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang
hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....
jadikan iktibar...... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Tunjukkan......
**Sayangi lah orang tua mu selagi mereka masih ada.....
Renungilah bingkisan penting ini dengan lebih jelas melalui Buku Wahai Ibu!
Wahai Ayah!,
Ia menceritakan segalanya tentang ibubapa dan kita, menurut kacamata Islam
psss:sgt sedih n syahdu ok email ni..da la tgh rindu kat abah aku ni..papepon al-fatihah..
2 comments:
sedih wooo...
sebak sgt..
*al-fatihah*
yearp..
menangis time i baca ni aritu..
*alfatihah jgk kat sesiapa yg dah takde*
Post a Comment